Tentang Kami

MAKLUMAT SYARIKAT

 

NAMA SYARIKAT : OGOShop SDN BHD

PENDAFTARAN : 13hb JANUARI 2020

NO PENDAFTARAN: 1357761-W

JENIS SYARIKAT: BERHAD MENURUT SAHAM
                                              
ALAMAT        : NO 14-1, JALAN 59/10,
             TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2,
           68100  BATU CAVES,  KUALA LUMPUR.
HOTLINE    : 1700 81 7580

NO TELEFON  : +60 14 779 4173

EMAIL         : ogoshop2022@gmail.com

WEBSITE       : https://OGOShop.my

VISI

Membantu dan menjalin kerjasama dalam satu platform untuk mengembangkan perniagaan. (One Stop Centre for Entrepreneur / Hub Perniagaan)

MISI

1.     Melahirkan lebih ramai usahwan baharu

2.     Membantu meluaskan pasaran dan jualan produk Usahawan / IKS

3.     Memperkasa Usahawan Runcit dan Borong

4.     Mengutamakan produk dan perkhidmatan Halal

5.     Perkongsian Perniagaan (CashBack)

OGOShop menitik beratkan Falsafah Perniagaan seperti berikut :

  • Niat membantu semua komuniti setempat untuk manfaat bersama kerana Allah
  • Menghargai kepercayaan
  • Mengukuhkan kerjasama dan hubungan perniagaan
  • Bantu dengan ikhlas dan hindari perasaan hasad / pentingkan diri sendiri
  • Memberi sumbangan – (dunia – keuntungan dan saham akhirat – pahala)

OGOShop mementingkan sistem pendidikan. OGOShop menyediakan latihan yang berterusan kepada semua yang telah mendaftar sebagai Komuniti. (memupuk budaya berniaga sebagai amal ibadah, jariah, jihad, sedekah dan dakwah

Bersama-sama kita terus berdoa, berusaha, beristiqamah dan bertawakkal [D.U.I.T] untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Semoga semua usaha dan Jihad Ekonomi kita mendapat Redha Allah SWT.   Amin..

NORFASHAM BIN MASTUGI

PERUTUSAN PENGASAS & CEO

Alhamdulillah, OGOShop Sdn Bhd (OGOShop) ditubuhkan hasil gabungan idea dan pengalaman untuk merealisasikan VISI dan MISI yang telah ditetapkan.

Terima kasih kerana memilih OGOShop Sdn Bhd sebagai rakan perniagaan anda dan platform untuk bersama-sama mengembangkan empayar  perniagaan dalam menuju ke era global yang tiada sempadan dan terbuka luas.

OGOShop menyediakan satu konsep perniagaan terkini yang menggabungkan pihak pengeluar @ pembekal produk, pemilik produk, pemasar dan pembeli dalam satu platform. Di sini semua yang terlibat akan berkerjasama dalam meningkatkan jualan dan akan menikmati hasilnya secara adil yang berkonsepkan menang-menang. OGOShop  bakal mencetuskan satu gelombang  perniagaan yang akan merubah cara pemikiran dalam dunia perniagaan 

Semoga kita bersama-sama dapat bergabung tenaga dan bekerjasama untuk Jihad Ekonomi dan menjalin hubungan perniagaan yang berpanjangan. Bak kata pepatah “ Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang”. Hanya usaha dan masa sahaja yang akan menentukan.

Akhir kata dari saya semoga impian dan kejayaan menjadi milik kita hasil sokongan dan kerjasama dalam memartabatkan Industri Halal ke peringkat yang lebih tinggi.

Scroll to Top