HUB PEMASARAN
Perkhidmatan Dan Produk Industri HALAL
KOMUNITI | KONSORTIUM | KOPERASI | INKUBATOR | YAYASAN
Pengenalan
Melalui perspektif yang lebih luas, penubuhan OGOShop Sdn Bhd bukanlah sekadar memasarkan produk Halal sahaja, tetapi ianya menjangkau lebih jauh lagi khususnya di dalam mencari keredhaan Allah.
Sudah sedia maklum bahawa halangan dan kesukaran pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Usahawan sedia ada terutamanya dikalangan pengusaha Muslim untuk menembusi pasaran, sedikit sebanyak telah merencatkan pertumbuhan dan kemajuan industri ini.
Pengeluaran produk kurang berkualiti, kaedah pembungkusan yang tidak sesuai dan menarik, kegagalan memenuhi piawaian yang ditetapkan dan tempoh kredit yang panjang adalah merupakan antara faktor yang menyekat kemasukan produk IKS ke dalam pasar raya besar di negara ini.
Ini ditambah lagi dengan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank swasta yang mengenakan syarat-syarat ketat serta memerlukan cagaran telah menjadikan pengusaha-pengusaha IKS menghadapi modal aliran yang terhad.
Melalui aspirasi ini OGOShop Sdn Bhd yang sepenuhnya di miliki oleh bumiputera serta pasukan pengurusan telah ditubuhkan dengan objektif untuk memartabatkan pengusaha-pengusaha IKS dan Usahawan terutamanya didalam memasarkan produk Halal keluaran mereka samada untuk pasaran tempatan dan pasaran global.
PELUANG
OGOShop ingin berkongsi peluang dan membantu meningkatkan ekonomi. OGOShop membentuk satu organisasi perniagaan melalui “Kerjasama Strategik”. OGOShop menawarkan peluang kepada Usahawan sedia ada dan mana-mana bakal usahawan untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang perniagaan yang berpotensi. Dengan gabungan ini diharapkan dapat membantu dan memperkasa Usahawan untuk bersaing dalam bidang tertentu.
Kerjasama dan hubungan perniagaan ini diharap dapat mengurangkan jurang yang nyata terutama usahawan dan IKS yang kurang mendapat perhatian dan peluang serta sering dipinggirkan akibat kurang pendedahan dan kurang kesedaran terhadap kepentingan penyatuan dalam sesebuah organisasi.
Untuk tujaun tersebut OGOShop Sdn Bhd telah menyediakan platform perniagaan agar dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama oleh semua pihak terutama golongan usahawan dan pengguna.
TAWARAN KAMI





Bukan Sekadar Bisnes
Kita Kongsi Bersama.
Jadikan Urusan Harian Anda Sebagai Aktiviti Perniagaan.
Fardu Kifayah
One World One Syahadah.

